KUALA LUMPUR: Malaysia dan China perlu terus memanfaatkan kelebihan masing-masing dan sokongan antara satu sama lain dalam usaha merapatkan lagi hubungan yang berhadapan cabaran landskap serantau dan sejagat yang berkembang.
Sementara 50 tahun pertama telah menyaksikan banyak kejayaan dicapai kedua-dua negara secara bilateral, trajektori masa hadapan hubungan Kuala Lumpur dan Beijing bergantung kepada libat urus berterusan dan usaha untuk mempromosikan pembangunan mampan dan kemakmuran bagi kedua-dua negara.
Timbalan Dekan Institut Penyelidikan China-ASEAN di Universiti Guangxi China, Prof Madya Luo Chuanyu berkata Malaysia dan China tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian dalam kerjasama tradisional memandangkan kolaborasi dalam sektor baharu dan memuncul harus digiatkan lagi untuk menggerakkan prospek perkongsian strategik ini ke hadapan.
"Presiden China Xi Jinping meletakkan kepentingan utama kepada hubungan China-Malaysia dan telah bertemu pemimpin Malaysia beberapa kali dalam beberapa tahun lalu.
Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih tampuk pentadbiran, beliau menekankan kerjasama dengan China merupakan keutamaan kerajaannya," beliau memberitahu Bernama sempena ulang tahun ke-50 hubungan bilateral Malaysia-China tahun ini.
Beliau berkata Anwar, dalam usaha mengukuhkan sokongan Malaysia untuk Inisiatif Belt and Road China (BRI) dan komitmen untuk menggalakkan lagi kerjasama perdagangan dengan China menerusi pembinaan perindustrian dan rantaian bekalan yang lebih stabil dan berdaya tahan, telah memberikan isyarat positif kepada Beijing mengenai masa depan hubungan ini.
Beliau optimistik bahawa dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam hubungan pelbagai sisi dan meneroka peluang baharu untuk kerjasama, kedua-dua negara mampu mengeratkan lagi perkongsian mereka dan memainkan peranan penting dalam memupuk kestabilan dan kemakmuran serantau.
Memaksimumkan Potensi Ekonomi
Sektor ekonomi merupakan tumpuan kepada kerjasama dua hala Malaysia-China. Pada 2023 jumlah dagangan dua hala mencecah RM450.84 bilion (US$98.80 bilion), menjadikan China rakan dagang terbesar Malaysia untuk 15 tahun berturut-turut.
Setakat Februari 2024, jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah satu jumlah mengagumkan iaitu US$15.52 bilion.
Justeru, Luo berkata Malaysia dan China seharusnya menyasarkan untuk memaksimumkan potensi kerjasama ekonomi dan perdagangan, termasuk menggunakan sepenuhnya platform dua hala dan pelbagai hala seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
"Sebaliknya, dividen daripada perjanjian perdagangan bebas serantau perlu digunakan. Baru-baru ini RCEP dan CPTPP telah memberi kesan kepada Malaysia, menyediakan lebih sokongan kepada pembangunan ekonomi Malaysia yang berdasarkan eksport,"kata beliau.
Beliau berkata kedua-dua pihak juga perlu menumpukan kepada inovasi di dalam bidang tertentu, terutamanya dalam pembangunan infrastruktur digital dan ekonomi digital untuk mempertingkatkan kerjasama ini secara lebih meluas dan mendalam.
"Biarpun sektor tradisi seperti perdagangan, pelaburan, pelancongan dan infrastruktur masih lagi berkongsi bahagian yang utama, sektor digital, kemampanan dan biologi akan menjadi tumpuan utama dalam tahun mendatang," kata beliau.
Mengambil contoh Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Luo berkata projek itu adalah satu contoh kejayaan kerjasama antara kedua-dua negara dan kolaborasi seumpama itu harus diteruskan untuk bergerak ke hadapan.
"Pada masa sama dengan bantuan asas kukuh untuk pembangunan infrastruktur pengangkutan, membina tingkat bawah tanah e-dagang bersama ECRL mampu memberi kelebihan kepada ECRL di masa hadapan, dengan memudah cara membeli-belah secara dalam talian dengan menyediakan kaedah yang memudahkan kepada pembeli, kemudian hubungan antara kedai fizikal dan treler dalam talian menjadi lebih rapat lagi," katanya.
Beliau berkata selain daripada meletakkan infrastruktur fizikal yang penting, kedua-dua pihak juga boleh menumpukan kepada pembinaan infrastruktur internet dan kemudahan sokongan serta mempercepatkan kecekapan sistem logistik.
Beliau juga menekankan keperluan untuk kedua-dua negara membangunkan teknologi data raya bagi meningkatkan perdagangan antarabangsa, selain daripada menggalakkan pembangunan dan pelaburan yang berkualiti tinggi.
Melabur Dalam Hubungan Antara Rakyat
Biarpun pertukaran politik di peringkat tinggi telah memainkan peranan penting dalam membentuk hubungan dua hala Malaysia-China dengan pemimpin dari kedua-dua negara menekankan kepentingan kerjasama yang erat dan saling bantu-membantu, Luo berkata peranan pertukaran antara rakyat juga penting.
Beliau berkata penting kepada generasi akan datang untuk mendukung nilai dialog, kerjasama dan saling hormat-menghormati bagi memastikan hubungan bilateral ini berkembang dalam landskap global yang sentiasa berubah.
''Untuk 50 tahun sebuah hubungan baik antara rakyat kedua-dua negara telah menyumbang dengan ketara kepada hubungan dua hala ini di setiap bidang.
Membina daripada pencapaian hebat ini, kedua-dua pihak seharusnya meluaskan pertukaran antara rakyat ini kepada skala yang lebih besar,'' kata beliau.
Dengan kelebihan yang ada pada profesional perniagaan Malaysia, seperti kumpulan bakat yang besar dan memiliki pendidikan tinggi berkualiti, beliau mencadangkan institusi pendidikan Malaysia dan China supaya bekerjasama untuk meneroka latihan bakat jangka pendek dan jangka panjang untuk ekonomi e-dagang.
Model kerjasama itu juga boleh disebarkan ke negara-negara lain di Asia Tenggara, katanya.
Pada peringkat perniagaan, Luo berpendapat kerajaan dan perusahaan tempatan boleh melakukan pertukaran dan kerjasama dalam bidang halal antara kedua-dua negara.
"Mereka juga boleh menggunakan peluang itu untuk mengukuhkan kerjasama antara China dan negara-negara Arab dan menyediakan Malaysia dengan peluang untuk memupuk kerjasama dan melebarkan sayap ke pasaran baharu,''katanya.
Malaysia mewujudkan hubungan diplomatik secara rasmi dengan China pada 31 Mei 1974, menjadikannya negara ASEAN pertama berbuat demikian dan mengubah keadaan geopolitik Asia Tenggara pada masa itu.
Kedua-dua negara kemudiannya mempertingkatkan lagi hubungan mereka kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada Okt 2013 susulan lawatan Presiden Xi ke Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Menurut Prof Madya Luo Chuanyu, Presiden Xi Jinping meletakkan kepentingan utama kepada hubungan China-Malaysia dan telah bertemu pemimpin Malaysia beberapa kali dalam beberapa tahun lalu. - Gambar hiasan
Kadar sewa Pasar Payang bakal dinaikkan mulai Januari tahun depan
Kadar sewa Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2 akan dinaikkan sehingga RM50 seunit dijangka mulai Januari tahun depan.
Empat pembantu penguasa Kastam didakwa terima rasuah berjumlah RM39,750
Empat Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pada Selasa, atas pertuduhan menerima rasuah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM39,750.
XPDC tempa nama, satu-satunya kumpulan rock dibenar buat persembahan di Terengganu
Ini kali kedua XPDC Kita Pengyu dijemput dan dibenar mengadakan persembahan di Terengganu selepas kali pertama pada 2023 di Bandar Kerteh.
Pelantikan Tun Mohd Ali Mohd Rustam penggal kedua
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Tun Mohd Ali Mohd Rustam sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua, bermula 4 Jun 2024.
Istiadat pengurniaan berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Istiadat pengurniaan berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saman fitnah: Rosmah peroleh penghakiman ingkar terhadap pemilik akaun TikTok
Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh penghakiman ingkar terhadap seorang pemilik akaun TikTok dalam kes saman fitnah yang dikemukakannnya.
Empat anggota kastam didakwa terima rasuah kes lori barang lolos pemeriksaan
Empat anggota kastam didakwa menerima suapan antara RM1,200 hingga RM32300 berhubung kes melepaskan lori barangan tanpa sebarang pemeriksaan.
Jun Hao, dua beregu mara pusingan kedua Badminton Terbuka Singapura 2024
Pemain badminton perseorangan lelaki Leong Jun Hao dan dua beregu negara tidak berdepan masalah ke pusingan kedua Terbuka Singapura 2024.
Trump akan hancurkan protes Pro Palestin sekiranya dipilih semula
Calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan menghantar pulang pelajar asing yang terlibat dalam protes Pro Palestin sekiranya dipilih semula sebagai presiden negara itu pada November.
Majlis Keselamatan PBB mesti bertanggungjawab - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertanggungjawab atas pembunuhan berami-ramai yang dilakukan Israel di Rafah.
Detik sukar buat Evit Kambu, hilang 18 ahli keluarga
Statistik jumlah mangsa yang tertimbus di enam perkampungan sekitar Yambali di wilayah Enga itu terus meningkat sejak bencana alam itu melanda Jumaat lalu, di enam perkampungan yang didiami sekitar 4,000 orang.
Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020.